INTERAKSI
Interaksi bermaksud tindakan atau perhubungan aktif antara satu
sama lain ; tindak balas antara dua atau beberepa pihak.
INTERAKSI DALAM PEMBELAJARAN
- Guru perlu
menggalakkan pelajar untuk berinteraksi sama ada dengan guru atau sesama
rakan yang lain semasa proses P&P.
- Interaktif
aktif sesama pelajar dapat melatih mereka berdikari & mengalami
sendiri proses pembelajaran
- Interaksi
di bilik darjah boleh berlaku dalam bentu lisan / bukan lisan.
JENIS INTERAKSI
1. Interaksi sehala: Guru kepada Murid
- Berpusatkan
guru
- Tiada
interaksi antara murid & aktiviti P&P pasif
2. Interaksi dua hala: Antara Guru dengan Murid / Murid dengan
Murid.
- Hubungan
mesra antara guru & murid & murid yang lain
- Penglibatan
murid digalakkan
- P&P
yang aktif & kreatif
3. Interaksi pelbagai hala: Guru dengan Murid, Murid dengan Murid
& Murid dengan Guru.
- P&P
yang sangat aktif
- Hubungan
antara guru & murid, murid & murid lebih erat & mesra.
- Penglibatan guru & murid sangat aktif
INTERAKSI BERKESAN
Bermaksud apabila mesej yang disampaikan oleh penyampai diterima
& difahami dengan jelas oleh penerima.
Cara-cara yang boleh diamalkan oleh guru untuk mewujudkan
interaksi berkesan:
KOMUNIKASI
Komunikasi ialah pengaliran maklumat dari sumber pengeluar maklumat
ke sumber penerima maklumat.
- Merupakan proses interaksi untuk menyalurkan maklumat dengan menggunakan satu bahasa.
BENTUK KOMUNIKASI
- Komunikasi
lisan : Bahasa, Intonasi suara & dialek
- Komunikasi
tanpa lisan : Gerak isyarat seperti senyuman, genggaman tangan, anggukan
kepala & “eye contact”
- Komunikasi
persuratan
- Komunikasi visual
JENIS KOMUNIKASI
ELEMEN DALAM PROSES KOMUNIKASI
KEPENTINGAN KOMUNIKASI
- Mewujudkan
satu persekitaran pembelajaran yang aman & harmonis.
- Membolehkan
guru memotivasikan murid-murid supaya berminsat dalam pembelajaran.
- Mewujudkan
hubungan yg mesra antar guru & murid, murid & murid supaya
pembelajaran lebih menyeronokkan.
HALANGAN & GANGGUAN KOMUNIKASI
- Suasana
kelas yang bising
- Guru yang
kurang berpengalaman
- Kepimpinan
guru yang autokratik
- Bilangan
murid yang terlalu ramai
INTERAKSI DALAM PENGURUSAN PEMBELAJARAN
JENIS INTERAKSI PENGURUSAN PEMBELAJARAN
Definisi interaksi
Tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama
lain; tindak balas antara dua atau beberapa pihak.
Definisi pengurusan
- Pengurusan
lahir daripada kata akar urus
- Perihal
mengurus sesuatu ; perihal pengurus syarikat, badan perniagaan.
- Pengurusan
ialah satu proses merancang, mengolah, memimpin dan mengawal daya usaha
ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai
matlamat yang ditentukan (Stoner,1984)
Definisi pembelajaran
Menurut Murphy dan Alexender (2006), pembelajaran
ialah proses seseorang pelajar memperoleh sesuatu kefahaman dan mengubah
kefahaman atau konsep tertentu yang telah dipelajari itu. Pengurusan
pembelajaran di sekolah sebenarnya mencakupi pelbagai pihaknseperti guru,
pelajar dan juga ibu bapa. Oleh itu, interaksi dalam pengurusan pembelajaran dapat
disimpulkan sebagai suatu bentuk komunikasi yang berlaku dalam pengurusan
proses belajar yang ruang lingkupnya adalah terdiri daripada sekolah.
PIHAK YANG TERLIBAT
- Guru
- Murid
- Ibu bapa
↣Dalam bilik darjah (kurikulum)
Guru → Pelajar
↣Luar bilik darjah (kokurikulum)
Guru → Guru
Guru → Pelajar
Guru → Ibu bapa
- Interaksi satu hala
- Interaksi dua hala
- Interaksi dua hala antara
kumpulan
Komunikasi ke bawah
-
Antara penganjur (pengetua) dengan guru
-
Antara guru dengan murid
-
Antara guru dengan ibu bapa
Komunikasi ke atas
-
Antara guru dengan pengajur (pengetua)
-
Antara murid dengan guru (kaunseling)
-
Antara ibu bapa dengan guru
Komunikasi mendatar
-
Antara guru sesama guru
RUMUSAN
Komunikasi dan interaksi di dalam bilik darjah amatlah penting
dalam usaha mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Guru
seharusnya menguasai kemahiran komunikasi & interaksi supaya kelas yang
kondusif serta aktif dapat diwujudkan. Dengan itu, murid-murid akan lebih
bermotivasi dalam pembelajaran mereka.
Rujukan yang telah dirujuk:
Abdul Malek Bilal Sidek (1995) Pengurusan Sumber Pengajaran
Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur DarulFikir Z675 A23 1995
Saidatul Ainoor Shaharim (2015) Analisis Interaksi Guru
Pelajar Persekitaran Pembelajaran Dan Komitmen Pelajar Terhadap Keselesaan
Pembelajaran Biologi Tanjung Malim Fakulti Sains dan Matematik
Universiti Pendidikan Sultan Idris LB3013 S252015
No comments:
Post a Comment