Tuesday, April 16, 2019

TOPIK 4 ORGANISASI DAN KEPIMPINAN


Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, organisasi bermaksud kesatuan yang terdiri daripada beberapa bahagian dalam sesebuah pertubuhan. Manakala kepimpinan adalah keupayaan seseorang untuk memimpin sesebuah persatuan melalui teladan. Kepimpinan pengajaran pula adalah segala tindakan yang wajar dilakukan bagi memperkembangkan potensi dan menarik minat setiap pelajar.

Kepimpinan di peringkat sekolah dibahagikan kepada empat iaitu autokratik, demokratik, laissez-faire dan kontigensi. Autokratik adalah kepimpinan secara sehala iaitu daripada seorang pemimpin kepada orang yang dipimpinnya. Demokratik pula mengamalkan sikap adil dan sama rata. Bagi Laissez-faire pula, ianya bertentangan dengan apa yang diamalkan oleh autokratik. Yang terakhir adalah kontigensi iaitu kepimpinan yang berpandukan kepada sesebuah situasi yang sedang dihadapi.

Antara ciri-ciri seorang guru yang berkepimpinan adalah berdasarkan amalan pembelajaran yang berterusan, tidak mementingkan diri sendiri, berkebolehan dalam memimpin, mampu menjadi teladan untuk para pelajar dan bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Menjadi seorang guru kemahiran membuat keputusan adalah sangat penting. Hal ini kerana apabila seorang guru gagal dalam membuat keputusan yang melibatkan para pelajarnya, dia akan melihat kegagalannya itu merosakkan diri para pelajarnya.

Gaya pengajaran seseorang guru itu menunjukkan bagaimana sikap kepimpinan yang diamalkannya di dalam kelas. Kepimpinan di dalam kelas atau bilik darjah ini melibatkan cara guru-guru menarik perhatian para pelajarnya dan membuatkan para pelajar focus sepanjang sesi pembelajaran berlangsung. Kemahiran ini juga wujud apabila para guru ini menguruskan sesebuah kelas yang mempunyai para pelajar dengan tahap kepintaran dan perkembangan yang berbeza.

Organisasi sekolah perjanjian yang berada di bawah pengurusan sekolah yang bertujuan untuk membantu menciptakan sebuah keadaan yang efektif dari kegiatan sekolah. Pengurusan sekolah berkaitan dengan kelancaran fungsi sekolah secara menyeluruh. Sedangkan organisasi sekolah adalah tentang organisasi sumber daya, peristiwa, dan kakitangan sekolah.


Sebagai kesimpulan, dalam menjayakan sesebuah organisasi, pemimpinnya perlulah mempunyai semangat kepimpinan yang tinggi agar dapat menyakinkan anak buahnya dan juga masyarakat sekeliling. Di sekolah pengetua sebagai pemimpin yang dibantu oleh guru-guru yang lain sentiasa berusaha untuk memastikan semua para pelajarnya dapat mencapai kejayaan yang diingini.


Rujukan yang telah dirujuk:


Abdul Malek Bilal Sidek (1995) Pengurusan Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur DarulFikir Z675 A23 1995



No comments:

Post a Comment