Tuesday, April 16, 2019

TOPIK 3 PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN


Kajian pengurusan dan pembelajaran pelajar membincangkan pengurusan pembelajaran dan perspektif multidisiplin pengurusan pembelajaran serta kajian-kajian pengurusan pembelajaran pelajar. Ia juga memberi kesedaran tentang kepentingan pengurusan dan pembelajaran, serta perspektif multidisiplin pengurusan pembelajaran dan konsep-konsep sosiologi pembelajaran.

            Menurut Ahmad Mahdzan (2004) pengurusan merujuk kepada aktiviti yang teratur serta sistematik yang bertujuan untuk mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus yang dikemukan tentang sesuatu masalah yang hakikatnya sudah dikenalpasti. Terdapat pelbagai konsep yang dibahagikan di dalam bab ini. Antaranya adalah konsep mengawal, merancang, pengalaman dan mengarah.


          Konsep mengawal ialah mengawal peraturan bilik darjah, mengawal aktiviti kumpulan, mengawal murid bermasalah peribadi, dan mengawal suasana bilik darjah.  Konsep merancang pula adalah untuk merancang objektif pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran dan pengetahuan sedia ada murid, merancang startegi dan kaedah pengajaran yang efektif, merancang bahan bantuan pengajaran yang lebih berkesan, dan merancang pemeringkasan isi pelajaran supaya pelajar jelas dengan pelajaran yang mereka belajar. Manakala, konsep mengarah diklasifasikan seperti mengarah murid supaya menempukan perhatian kepada pengajaran, menguruskan tugasan harian bilik darjah serta mengarah murid memastikan untuk mematuhi disiplin yang telah ditetapkan.


            Antara kaedah pembelajaran yang sering digunakan adalah kaedah berpusatkan guru, berpusatkan pelajar, berpusatkan bahan dan kaedah mengaitkan dengan pengalaman. Menurut Ewert, Place dan Sibthorp (2005), kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dikaitkan dengan pengalaman mampu mendedahkan para pelajar kepada pengalaman sebenar berbanding dengan pembelajaran secara teori sahaja.

            Pengurusan sekolah adalah sebuah sistem pengurusan organisasi bagi menjamin matlamat yang ditetapkan dapat dicapai dengan lancar. Namun, pengurusan sekolah menjadi semakin sukar dengan cabaran-cabaran yang semakin bertambah setanding dengan kemajuan negara. Kesukaran ini juga disebabkan oleh pembaharuan sistem pendidikan yang memerlukan komitmen yang tinggi daripada semua guru-guru.

            Antara prinsip yang perlu diamalkan dalam sesi pembelajaran adalah ianya mestilah kondusif, bermatlamat dan mampu mendorong para pelajar. Suasana yang kondusif sedikit sebanyak dapat meningkatkan minat belajar dalam diri para pelajar. Ditambah pula dengan dorongan yang positif daripada para guru, pelajar-pelajar ini akan lebih bersemangat dalam menuntut ilmu.




Peranan guru sebagai pengurus bilik darjah:
1. Merancang
a) Merancang objektif pelajaran berdasarkan sukatan pelajaran,pengetahuan sedia ada murid.
b) Merancang pemeringkatan isi  pelajaran.
c) Merancang strategi dan kaedah pengajaran.
d) Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
e) Merancang bahan-bahan pengajaran
f) Merancang aktiviti kumpulan.
g) Merancang kemudahan dan susunan fizikal bilik darjah.

h) Merancang aktiviti penilaian.

2. Mengelola
a) Mengurus rutin bilik darjah.
b) Mengurus aktiviti murid
c) Mengurus bahan-bahan pelajaran.
d) Mengurus disiplin bilik darjah.
e) Mengurus aktiviti kumpulan.
f) Mengurus kaedah fizikal dan kemudahan.
g) Mengurus aktiviti penilaian

3. Mengawal
a) Mengawal peraturan-peraturan bilik darjah.
b) Mengawal aktiviti kumpulan.
c) Mengawal murid bermasalah peribadi.
d) Memastikan masalah disiplin tidak timbul.
e) Pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan tanpa gangguan.

4.  Mengarah
a) Mengarah murid menjawab soalan guru
b) Mengarah murid mendengar membaca,mengira dan menulis.
c) Mengarah murid-murid membentuk kumpulan masing-masing.
d) Mengarah murid menguruskan tugas harian bilik darjah .
e) Mengarah murid menjalankan aktiviti pembelajaran.
f) Mengarah murid mematuhi disiplin bilik darjah dan sebagainya.

Proses dan Kepentingan
-           Persediaan rancangan kerja
-           Pengurusan sumber pengajaran dan pembelajaran.
-           Fungsi pelaksanaan pelajaran
-           Kaedah penilaian pengajaran dan pembelajaran

Persediaan Rancangan Kerja
- Membuat perancangan sebelum mengajar, Rancangan Pembelajaran Harian (RPH)
- Perancangan perlu mempunyai objektif, teknik dan kaedah.
- Penyediaan buku rekod dan jadual
- Pengurusan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran
- Bahan-bahan pelajaran yang digunakan dalan proses P&P
- Penyediaan alat bantu mengajar yang bersesuaian.
- Buku teks, buku rujukan dan alat bantu mengajar.

 Kesimpulannya, profesion pengajar adalah tugas profesional yang memerlukan daya tahan, daya saing dan kemahiran-kemahiran yang penting seperti kemahiran pengurusan, kemahiran kepimpinan dan lain-lain. Seorang guru yang baik adalah mereka yang mampu menguruskan proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Kemampuan para guru dalam pengurusan dan pembelajaran mampu mewujudkan suasana yang ceria, kondusif dan menyeronokkan untuk para pelajar.


Rujukan yang telah dirujuk:

Abdul Malek Bilal Sidek (1995) Pengurusan Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur DarulFikir Z675 A23 1995

Akhiar Pardi Shamsina Shamsuddin (2008) Rancangan Pengajaran Harian Dalam Pengurusan Pengajaran Pembelajaran Untuk Bakal Guru Guru Dalam Perkhidmatan Dan Persijilan 2008 Puchong Selangor Penerbitan Multimedia SDN BHD LB2806 15 A34 2010

No comments:

Post a Comment