Tuesday, April 16, 2019

TOPIK 7 PENGURUSAN SUMBER


PENGURUSAN SUMBER
KONSEP PENGURUSAN SUMBER

●▪Pengurusan sumber memainkan peranan yang amat penting dalam mencapai tujuan ataupun matlamat.

Pengurusan sumber yang cekap dan berkesan akan menghasikan individu yang berkualiti, produktif dan seterusnya meminimumkan masalah yang berkaitan dengan sumber masalah ini termasuklah ketidakhadiran, ketidakpuasan kerja, pusing ganti pekerja dan sebagainya.


OIeh itu pengurusan sumber memainkan peranan penting dalam memastikan pengurusan sumber organisasi berjalan lancar dan berdaya saing untuk mencapai matlamat tersebut. Pengurus dan juga setiap pekerja perlu memahami apa yang dimaksudkan dengan pengurusan sumber.
                                                     

Pengurusan Sumber bermaksud satu proses membuat keputusan bagi menjamin bekalan sumber yang berterusan melalui usaha pemeliharaan dan pemuliharaan.

Dessler (1997), telah mentakrifkan konsep ini sebagai suatu bentuk hubungan pengurusan sumber manusia dengan matlamat dan objektif organisasi yang strategik. Konsep ini lebih memberikan tumpuan terhadap kaedah atau cara sesebuah organisasi mengurus dan mentadbir sumber manusia.




JENIS-JENIS SUMBER YANG DIFOKUSKAN

Pusat Sumber Pertama:
Perpustakaan
Makmal komputer
Makmal sains



Konsep Pusat Sumber


➢▪Pusat sumber sekolah merupakan satu pusat yang memuatkan koleksi maklumat dan suber – sumber ilmu dahulu dan kini untuk digunakan oleh pelajar.
     Pusat sumber juga merupakan satu tempat untuk mengakses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan bercetak, bukan bercetak dan digital.

     Pusat sumber perlu diurus secara sistematik agar dapat menarik minat pelajar dan bertujuan untuk memupuk tabiat membaca dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.



Pusat Sumber Kedua:
Makmal Sains


KONSEP MAKMAL SAINS


Definisi : Makmal Sains adalah salah satu bilik mata pelajaran khas yang dibina untu pengajaran pembelajaran amali sains.
-Dibina dengan tujuan untuk melakukan aktiviti dan eksperimen sains di bawah keadaan yang terkawal.
-Melalui aktiviti penyiasatan dan penemuan secara amali dalam makmal sains, pelajar dapat mengamalkan ilmu dan kemahiran sains dengan lebih berkesan.



Kepentingan Makmal Sains

♥ Memastikan p&p mata pelajaran sains lebih efektif kerana sesuatu konsep itu akan lebih mudah difahami dengan ‘membuat’ bukan setakat mendengar.
♥ Mengembangkan kemahiran saintifik yang meliputi kemahiran proses sains serta kemahiran manipulatif.
♥ Membolehkan eksperimen dijalankan dengan selamat dan berkesan, dengan menyediakan tempat yang sesuai.
♥ Memperkembangkan lagi semangat ingin tahu dan minat terhadap sains dan membentuk serta mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.
♥ Memberikan ruang yang lebih kondusif dan sesuai bagi pengajaran dan pembelajaran Sains pada setiap peringkat sekolah persekolahan.




ASPEK UTAMA DALAM PENGURUSAN MAKMAL SAINS

♥ Keceriaan makmal sains.
♥ Penggunaan dan penyimpanan peralatan dan bahan.
♥ Keselamatan makmal sains.

TINDAKAN GURU SAINS SEMASA KEMALANGAN BERLAKU DALAM MAKMAL SAINS

♥ Mengenalpasti jenis kemalangan yang berlaku.
♥ Jika di luar kemampuan diri dalam menyelamat mangsa, eloklah meminta orang lain yang berpengalaman.
♥ Jika kecederaan teruk, minta ketua darjah laporkan kepada pihak pentadbir sekolah.
♥ Bagi kemalangan besar, hubungi ambulans dan bantuan doktor perubatan dengan segera.
♥ Memberitahu ibu bapa pelajar yang berkenaan.
♥ Guru harus merekod dan melaporkannya kepada pihak pentadbir sekolah.

Pusat Sumber Ketiga:
Makmal Komputer

KONSEP MAKMAL KOMPUTER

1.   Makmal komputer merupakan salah sebuah tempat di mana di dalamnya mempunyai beberapa buah kompueter untuk kegunaan pelajar.
2.   Makmal komputer juga disediakan untuk pelajar-pelajar zaman sekarang ini mengenal tentang peralatan computer serta kegunaannya. Di dalam makmal komputer tersebut pula terdapat rangkaian lain untuk pelajar-pelajar melayari internet untuk mencari bahan-bahan pembelajaran.


Peraturan Makmal Komputer

- Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau semasa ketiadaan guru.

- Kemaskan makmal komputer sebelum keluar. Atur semula kerusi supaya tersusun rapi dan kemas.

- Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada guru yang bertugas di makmal komputer.

- Pastikan alat pemadam api ada dan berfungsi.

- Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal komputer.

KEMAHIRAN AKSES SUMBER PEMBELAJARAN
Pembelajaran berasaskan sumber banyak bergantung kepada keupyaan pelajar untk mendapatkan maklumat dengan tepat. Oleh yang demikian para pelajar perlulah memiliki kemahiran dalam mengakses sumber pembelajaran. Terdapat kemahiran yang digariskan untuk memastikan matlamat pembelajaran berasaskan sumber itu tercapai.



KEPENTINGAN BAHAN PEMBELAJARAN MURID

👼Membolehkan murid menghubungkaitkan di antara benda konkrit dengan fakta-fakta abstrak.
👼Membantu murid meneguhkan ingatan.
👼Memboelhkan murid menjalankan kajian melalui kaedah inkuiri penemuan dengan menggunakan alat bantu mengajar.
👼Membantu murid menyelesaikan masalah secara sendiri dengan menggunakan alat bantu mengajar.


KESIMPULAN

Pengurusan sumber dalam bidang pendidikan mampu meningkatkan kepahaman pelajar terhadap pengajaran yang telah diajar kepada mereka. Selain itu, guru-guru dapat menyampaikan sesuatu pengajaran menjadi lebih berkesan berpandukan kepada sumber sebagai rujukan sebagai persediaan mengajar. 


No comments:

Post a Comment