Definisi
Tingkah laku: Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh
seseorang individu. Tingkah laku juga merupakan semua tindakan manusia yang
boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama
ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku
adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu.
Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada
secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.
Definisi Pengurusan Tingkah Laku: Pengurusan tingkah
laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah
laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang
sesuai. (Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005).
Setiap guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku kawal kelas, pembelajaran yang sihat dan produktif. Membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negatif dan bebas gangguan.
Setiap guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku kawal kelas, pembelajaran yang sihat dan produktif. Membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negatif dan bebas gangguan.
FAKTOR MENYEBABKAN TINGKAH LAKU BERLAKU:
1. Faktor
keluarga.
Tingkah laku negatif biasanya dipengaruhi oleh
keadaan persekitaran rumah seperti tidak dapat perhatian dan kasih sayang ibu
bapa. Perkara ini berlaku apabila ibu bapa atau penjaga gagal memberikan kasih
sayang yang sepatutnya di samping pengajaan yang berterusan. Mereka sering kali
mengancam, mengutuk ataupun menyakiti kanak-kanak dengan pelbagai cara. Keadaan
ini menyebabkan terjadinya penderaan yang mudah dilihat iaitu kecederaan
fizikal dan gangguan dari segi mental dan emosi yang sukar untuk dilihat oleh
orang lain. Kanak-kanak yang mengalami masalah penderaan akan terdorong untuk
bertindak negatif iaitu sama ada menyendiri dan tidak suka didekati oleh orang
lain atau sebaliknya bersikap mahu melepaskan dendam terhadap kanak-kanak lain
yang dianggap lebih lemah daripadanya. Kanak-kanak tersebut mungkin melakukan
semula apa yang dilakukan oleh orang yang pernah menderanya kepada kanak-kanak
lain di sekelilingnya.
2. Faktor Sekolah
2. Faktor Sekolah
Faktor seterusnya adalah persekitaran sekolah
seperti kurikulum terlalu padat dan berfokus pada peperiksaan. Murid akan rasa
tertekan dan menunjukkan tingkah laku bermasalah disusuli dengan strategi
pengajaran dan pembelajarn yang membosankan, tidak menarik perhatian dan tidak
mempunyai objektif yang jelas.Seterusnya, keadaan fizikal sekolah yang padat,
panas dan bising menyebabkan murid menunjukkan tingkah laku yang negatif.
3. Faktor
Masyarakat dan Budaya
Persekitaran masyarakat akan mempengaruhi sikap dan
tingkah laku kanak-kanak. Nilai dan taraf tingkah laku masyarakat boleh
mempengaruhi kanak-kanak. Sebagai contoh, kanak-kanak akan lebih mudah dan
cepat terpengaruh dengan perkara-perkara negatif yang terdapat dalam masyarakat
sekeliling mereka. Budaya-budaya yang diamalkan dalam sesebuah masyarakat juga
memberi kesan terhadap dengan budaya kurang sihat yang diamalkan masyarakat
sebagai contoh budaya gengsterism dan vandalisme, mereka akan lebih mudah
terikut-ikut dengan budaya tersebut.
- 1. Dendaan
dan Peneguhan
Denda
dilakukan unuk mengelakkan tingkah laku yang tidak diingini berulang. Dengan
erti kata lain ialah menghentikan perbuatan atau tingkah laku yang tidak baik
daraipada dilakukan lagi. Ia biasanya hanya memberi kesan yang singkat sahaja.
Apabila individu terlupa, ia akan mengulangi semula perbuatan atau tingkah laku
tersebut. Denda ialah tindakan yang
dikenakan bertujuan untuk menghentikan tingkah laku negatif iaitu
menggunakan hukuman atau memang ia diketahui oleh murid yang melanggar peraturan dan memastikan hukuman itu relevan dan berpatutan.
Guru juga boleh memberhentikan tingkah yang tidak diingini dengar menukarkan tempat duduk atau berjumpa selepas
waktu belajar. Menurut Skinner denda hanya boleh memberi kesan dalam
tempoh yang singkat sahaja. Selepas itu
biasanya murid itu akan mengulanginya semula.
- 2. Reverse
Psychology
Ia
adalah kaedah menggunakan psikologi untuk memodifikasikan tingkah laku negatif
kepada positif. Ia bertujuan agar murid-murid dapat melupakan tingkah
laku negatif dan beralih kepada tingkah laku positif. Kaedah
ini merupakan teknik psikologi untuk modifikasikan tingkah laku negatif kepada positif . Ianya memerlukan
guru mahir dalam memahami psikologi murid yang berkenaan, serta mengenali sikap, pandangan dan pemikiran dalamannya.Tujuannya
ialah untuk menginsafkan murid .
- 3. Token
Ekonomi
Ia merupakan satu sistem untuk membahagikan beberapa peneguh
simbolik yang akan ditukarkan kepada pelbagai peneguh yang diidamkan
seperti point merit, markah, peratus. Kebiasaannya ia digunakan di
sekolah-sekolah berasrama penuh bagi pengukuhan disiplin murid. Guru juga boleh menggunakan sistem
token untuk mengawal tingkah laku murid-muridnya supaya mereka dapat
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran tanpa apa-apa
gangguan.Contoh Kesalahan tingkah laku
yang serius ( Kronik) Leni seringkali melakukan kesalahan ponteng
kelas.Tindakan guru : Cikgu Malik akan memberi kad-kad berwarna :Warna Merah =
10 Markah (Hadir) & Warna Hijau = 0 Markah(Ponteng) Jika dapat mengumpul
kesemua kad warna merah dalam sebulan, kad warna hijau tersebut akan diganti kepada
barangan bersesuaian.
PERATURAN DAN DISIPLIN MURID
Definisi Peraturan: Peraturan ialah undang-undang
yang ditetapkan untuk menentukan ketenteraman, keharmonian dan kelicinan
perjalanan aktiviti-aktiviti dalam masyarakat. Peraturan sekolah merupakan satu
persetujuan yang dipersetujui bersama oleh warga sekolah dalam mengawal
disiplin dan tingkah laku manusia yang berada di dalamnya.
Definisi Disiplin: Menurut Abdullah Sani(2005)
disiplin merupakan satu bentuk latihan untuk mengembangkan potensi individu
daripada segi intelek, jasmani, rohani dan social supaya menjadi insan yang
berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia dan memberi manfaat kepada
masyarakat. Disiplin adalah satu set peraturan yang telah ditetapkan kepada
murid-murid bagi mengawal serta untuk mendapatkan tingkah laku yang diingini.
Disiplin terbahagi kepada:
1. Disiplin
asas
-
Melibatkan individu dalam masyarakat
yang lebih besar.
- Mematuhi peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan oleh institusi-institusi bukan formal dan formal yang wujud dalm
masyarakat demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan hidup seharian.
2. Disiplin
kendiri
- Adalah disiplin yang lahir daripada
dalam individu.
- Disiplin jenis merangkumi empati,
mempunyai kesedaran sivik, moral, agama dan pergaulan yang tinggi dalam
masyarakat.
MELAKSANAKAN TUGAS BERKAITAN DISIPLIN:
Guru membentuk dan menerapkan nilai, akhlak serta sikap yang terpuji dengan:
1. Memberi kerjasama sepenuhnya kepada guru besar ataupun pengetua dan kepada guru-guru lain tugas melaksanakan disiplin sekolah
2. Mengawasi masalah disiplin di dalam bilik darjah, di sekitar sekolah dan juga semasa kegiatan-kegiatan rasmi di luar sekolah.
3. Menjalankan hukuman disiplin apabila diarahkan oleh guru besar ataupun pengetua secara nyata atau khusus mengikut peraturan-peraturan yang sedia ada.
MASALAH DISIPLIN
TEORI PUNCA SALAH LAKU DAN MASALAH SOSIAL PELAJAR
1. Teori Fungsionaisme menganggap devian sebagai disfungsi pada struktur sosial.
2. Teori Konflik mengatakan devian merupakan tindakan golongan tertindas terhadap pihak minority yang menindas.
3. Teori Anomie mengatakan devian berpunca daripada kekecewaan seseorang mencapai hasrat mereka. Apabila anomie berlaku tindakan devian akan menjadi salah satu pilihan untuk dilakukan. Oleh itu, devian merupakan suatu cara menghadapi kekecewaan.
4. Teori Sub budaya pula berpendapat devian berpunca daripada budaya kumpulan yang berbeza dengan budaya masyarakat besar.
MELAKSANAKAN TUGAS BERKAITAN DISIPLIN:
Guru membentuk dan menerapkan nilai, akhlak serta sikap yang terpuji dengan:
1. Memberi kerjasama sepenuhnya kepada guru besar ataupun pengetua dan kepada guru-guru lain tugas melaksanakan disiplin sekolah
2. Mengawasi masalah disiplin di dalam bilik darjah, di sekitar sekolah dan juga semasa kegiatan-kegiatan rasmi di luar sekolah.
3. Menjalankan hukuman disiplin apabila diarahkan oleh guru besar ataupun pengetua secara nyata atau khusus mengikut peraturan-peraturan yang sedia ada.
MASALAH DISIPLIN
TEORI PUNCA SALAH LAKU DAN MASALAH SOSIAL PELAJAR
1. Teori Fungsionaisme menganggap devian sebagai disfungsi pada struktur sosial.
2. Teori Konflik mengatakan devian merupakan tindakan golongan tertindas terhadap pihak minority yang menindas.
3. Teori Anomie mengatakan devian berpunca daripada kekecewaan seseorang mencapai hasrat mereka. Apabila anomie berlaku tindakan devian akan menjadi salah satu pilihan untuk dilakukan. Oleh itu, devian merupakan suatu cara menghadapi kekecewaan.
4. Teori Sub budaya pula berpendapat devian berpunca daripada budaya kumpulan yang berbeza dengan budaya masyarakat besar.
5. Teori Deprivasi selalu berpunca daripada kekurangan ekonomi
dan kelemahan emosi.
6. Teori Interaksionisme melihat devian sebagai sesuatu
yang subjektif dan merupakan proses sosial.
KEPENTINGAN PERATURAN SEKOLAH
1. Proses
dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan dan teratur.
2. Aktiviti
proses pengajaran yang dirancang oleh guru dapat dijalankan dengan teratur
tanpa gangguan.
3. Pelajar
menjadi lebih bermotivasi dan bertindak secara aktif apabila mereka
berdisiplin.
4. Tugasan-tugasan
yang diberi pada pelajar pula dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang
ditetapkan.
5. Suasana
bilik darjah yang kondusif dan menggalakkan pembelajaran dan pembelajaran pula
bertambah menarik dan menyenorokkan.
PENGURUSAN DEVIAN DAN SALAH LAKU
PENGURUSAN DEVIAN DAN SALAH LAKU
DEFINISI SALAH LAKU DEVIAN
Surat KPM KP(BS/HEP)8543/053(9) 2.8.2001
Pengurusan Pelajar Secara Kolektif
Kementerian Pendidikan memandang serius akan gejala sosial di kalangan pelajar.Oleh itu pengurusan pelajar secara bersepadu/kolektif hendaklah dilaksanakan di semua sekolah khususnya yang melibatkan disiplin pelajar. Bagi menjayakan program dan aktiviti di sekolah semua pihak yang terlibat hendaklah bersama-sama bertindak dengan halatuju yang sama.
Iaitu, Pengetua, Guru Penolong Kanan 1, Guru Penolong Kanan HEM, Penyelia Petang,Guru-Guru Kaunseling,Guru Disiplin,Guru Tingkatan/kelas dan guru agama bersama-sama menjana tenaga untuk menangani masalah disiplin yang timbul di sekolah.
Ini bermakna, seseorang guru tidak bertindak bersendirian tetapi secara kolektif yang mewujudkan budaya.
Menurut Kamus Dewan (2003), tingkah laku devian didefinisikan sebagai perlakuan yang menyimpang atau melencong. Azizi et al. (2005) menyatakan bahawa tingkah laku devian membawa maksud tingkah laku yang melanggar norma-norma masyarakat tertentu. Ianya juga ditakrifkan sebagai sebarang tingkah laku yang tidak memenuhi norma-norma sosial seseutu kumpulan atau masyarakat (Rohana, 1996)
Albert Cohen (Azizi et al., 2005) mentakrifkan tingkah laku devian sebagai kelakuan yang melanggar jangkaan yang diinstitusikan, iaitu Jangkaan yang dikongsi dan diiktiraf sebagai sah dalam sesuatusistem sosial.
FAKTOR PENYEBAB TINGKAH LAKU DEVIAN
👉Konsep kendiri yang rendah di mana remaja ini melihat diri mereka dari perspektif yang negatif, penghargaan kendiri yang rendah, tidak mempunyai metlamat tertentu dalam kehidupan dan kurang memikirkan tentang sumbangan mereka kepada masyrakat.
👉Faktor psikologi yang menyumbang kepada tingkah lau delinkuen ialah apabila wujudnya emosi yang tidak gembira hasil dari faktor persekitaran seperti hubungan kekeluargaan yang longgar, keluarga berpecah dan kurang perhatian daripada keluarga atau ibu bapa.
👉Konflik dalam keluarga juga boleh menjadi faktor penyebab ketidakstabilan emosi yang boleh membawa kepada tingkah laku devian.
JENIS-JENIS SALAH LAKU DEVIAN
Menurut Merton (1938) terdapat empat jenis devian iaitu:
💢Inovasi (suatu cara memebuhi matlamat dengan cara yang salah)
💢Ritual (tindakan mengulang perbuatan)
💢Undur (seseorang yang tidak lagi berminat dengan matlamatnya lalu melakukan alternatif lain sebagai tindakan)
💢Menentang (menolak matlamat persekolahan dan menggantikannya dengan matlamat lain)
CARA MENGATASI
😀Ibu bapa yang autoritatif mengawal dan bertanggungjawab terhadap anak-anak mereka. Gaya asuhan mereka yang bersifat rasional dan demokratik dapat membentuk anak-anak yang berfikiran positif, aktif bersosial, bertanggungjawab, dan mempunyai kompeten daripada aspek kognitif.
😀Komunikasi antara ibu bapa dan anak yang baik, suasana keluarga yang tenteram.
😀Kanak-kanak yang dibesarkan oleh ibu bapa yang demokratik cenderung menjadi lebih bertenaga, suka menjelajah, mempunyai perasaan ingin tahu tinggi, berdedikasi, dapat mengawal diri, puas hati dengan diri dan bersikap positif terhadap rakan sebaya.
😁Remaja yang mendapat leboh perhatian ibu bapa memiliki nilai positif berbanding remaja lain. Craa didikan autoritatif yang diamalkan oleh ibu baoa menghasilkan gejala sosial paling rendah di kalangan remaja.
PEKELILING DAN PERATURAN
ORDINAN PELAJARAN 1957 PERATURAN DISIPLIN 1959
Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959:
(Tanggungjawab guru besar atas disiplin)
“Guru Besar adalah orang yang bertanggungjawab ke atas disiplin sekolah”
dan bagi maksud itu hendaklah
“mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid di sekolah itu.
Peraturan 5 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959:
(Kuasa-Kuasa guru besar
Bagi maksud menjaga disiplin dikalangan murid-murid, guru besar hendaklah mempunyai kuasa menjalankan hukuman-hukuman sekolah yang biasa sebagaimana perlu atau bermanfaat.
PERATURAN 10: RAYUAN
1) Ibu bapa atau penjaga mana-mana murid yang digantung persekolahannya atau dibuang sekolah di bawah peraturan 8(a) boleh merayu (2) Ibu bapa atau penjaga mana-mana murid yang dibuang sekolah mengikut mana-mana perintah yang dibuat di bawah peraturan 8(b) atau peraturan 9 boleh, dalam tempoh SATU BULAN dari tarikh murid itu dibuang sekolah atau dari tarikh perintah yang disebut dalam peraturan 9(2) disampaikan kepadanya mengikut mana yang lebih lama, merayu kepada Menteri mengikut peruntukan-peruntukan seksyen 90 dan 91 ordinan.
PERATURAN 11
CATATAN DIBUANG SEKOLAH DALAM SIJIL BERHENTI SEKOLAH
Sijil berhenti sekolah tiap-tiap murid yang dibuang sekolah dibawah peruntukan-peruntukan peraturan 8 atau 9 hendaklah dicatat oleh guru besar dengan catatan yang menyatakan murid itu telah dibuang sekolah dibawah peruntukan–peruntukan peraturan-peraturan ini.
PERATURAN 12
Syarat Masuk Balik Sekolah
Seseorang murid yang telah dibuang sekolah dengan perintah yang dibuat di bawah peraturan 9 tidak boleh selepas itu, (melainkan jika perintah itu telah terlebih dahulu dimansuhkan oleh pihak berkuasa yang membuatnya)
(a)masuk atau dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah itu; atau
(b)diterima masuk sebagai seorang murid di mana-mana sekolah lain, tanpa kebenaran.
CONTOH PEKELILING
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1968:
“tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada guru-guru besar”
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975:
“semua guru hendaklah juga memahami benar-benar bahawa tiap-tiap mereka adalah bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah”
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.10/2001
“….masalah disiplin mendapat perhatian Jemaah Menteri dan menyarankan supaya bilangan guru disiplin ditambah di sekolah-sekolah.
“….semua guru hendaklah berfungsi sebagai guru disiplin dan berperanan membimbing murid-murid…”
SURAT PEK.IKHTISAS BIL: 7/2003
Kuasa Guru Merotan Murid
- Hukuman rotan di khalayak sama ada di perhimpunan atau di bilik-bilik yang sedang berlangsung proses pengajaran dan pembelajaran adalah dilarang.
Tindakan sedemikian akan menjatuhkan maruah dan kesan negatif terhadap keperibadian seorang murid.
Surat KPM KP(BS/HEP)8543/053(9) 2.8.2001
Pengurusan Pelajar Secara Kolektif
Kementerian Pendidikan memandang serius akan gejala sosial di kalangan pelajar.Oleh itu pengurusan pelajar secara bersepadu/kolektif hendaklah dilaksanakan di semua sekolah khususnya yang melibatkan disiplin pelajar. Bagi menjayakan program dan aktiviti di sekolah semua pihak yang terlibat hendaklah bersama-sama bertindak dengan halatuju yang sama.
Iaitu, Pengetua, Guru Penolong Kanan 1, Guru Penolong Kanan HEM, Penyelia Petang,Guru-Guru Kaunseling,Guru Disiplin,Guru Tingkatan/kelas dan guru agama bersama-sama menjana tenaga untuk menangani masalah disiplin yang timbul di sekolah.
Ini bermakna, seseorang guru tidak bertindak bersendirian tetapi secara kolektif yang mewujudkan budaya.
1. Diri
sendiri
Seseorang insan yang dilahirkan di
dunia yang fana ini ibarat sesuci kain putih yang tiada kotoranya, ianya
terpulang pada seseorang individu itu bagaimana dia hendak mencorakkan
kehidupannya. Individu yang mencorakkan dirinya dengan akhlak yang baik akan dipandang
mulia dan tinggi, berbanding individu yang mencorakkan dirinya dengan
perkara-perkara negatif akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat
sekeliling. Bagi seseorang yang bergelar muslim terutamanya remaja, akhlak yang
baik seharusnya dihiasi dengan perkara-perkara keimanan dan ketakwaan kepada
Allah. Sebaliknya, kebanyankkan remaja muslim pada hari ini tidak mengikut
ajaran islam yang sebenarnya, sebaliknya memalukan agama, bangsa dan Negara.
Tidak dapat dinafikan juga kesan gejala sosial ini akan memberikan kesan yang
mendalam pada diri seseorang remaja itu.
2. Keluarga
Keluarga memainkan peranan yang
sangat penting kerana dari institusi kekeluargaan kebahagian dan keharmonian
sesuatu masyarakat itu terbentuk. Keruntuhan sesebuah institusi kekeluargaan
akan menyebabkan hilangnya kebahagian dan keharmonian yang dialami sesuatu
masyarakat. Akhlak seseorang individu remaja yang baik dan mulia datangnya
daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Oleh sebab
itu, keruntuhan akhlak dalam institusi kekeluargaan akan memberikan kesan yang
besar ke atas kebahagian dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu.
Akibat daripada wujudnya ketidak harmonian dalam kekeluargaan, sesebuah
kekeluargaan pastinya akan berlakunya penceraian. Ini akan menjadikan masa
depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara, seterusnya hilang tempat
bergantung dan bermanja. Kesannya berlakunya masalah-masalah sosial yang lain
seperti budaya lepak, ketagihan dadah, pelacuran, perjudian, hubungan sesama
jenis dan masalah-masalah yang lain.
3. Negara
Implikasi utama terhadap negara
jika gejala sosial tidak ditengani segera akan menyebabkan negara akan
kehilangan pelapis generasi kepimpinan pada masa hadapan. Hal ini akan
menjadikan kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan
sosioekonomi negara menjadi lembap kerana wujudnya gejala sosial dan keruntuhan
akhlak yang tinggi di kalangan masyarakat. Perkara ini menjadikan kadar jenayah
dalam negara juga akan meningkat sejajar dengan peningkatan gejala sosial ia
sekaligus meningkatkan kos perbelajaan kerajaan untuk mengurangkan kadar
jenayah. Seterusnya anasir-anasir luar akan meresap masuk kedalam negara
sekiranya generasi muda pada hari ini tidak tahu menjaga akhlak mereka. Dan,
kesan paling utama ialah remaja pada hari ini terutamanya akhlak remaja Islam
hancur dan rosak, maka pandangan bangsa lain terhadap agama yang kita anuti
pada hari ini tentulah serong dan buruk.
Rujukan yang telah dirujuk:
Abdul
Malek Bilal Sidek (1995) Pengurusan Sumber Pengajaran Dan
Pembelajaran. Kuala Lumpur DarulFikir Z675 A23 1995
No comments:
Post a Comment