Tuesday, April 16, 2019

TOPIK 11 PENGRUSAN PELBAGAI BUDAYA


Budaya sekolah merujuk kepada sejumlah nilai, budaya, praktis-praktis keselamatan dan struktur oganisasi di sekolah yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada proses pembentukan tingkah laku dan keselamatan pelajar di sekolah.
Budaya sekolah lebih merujuk kepada cara dan gaya dan staf bekerja dalam satu kumpulan.


BUDAYA HORMAT-MENGHORMATI


Definisi: menghargai dan memuliakan seseorang dengan memberi layanan yang sopan.

Ciri-ciri:
- Mewujudkan suasana harmoni
- Meningkatkan nilai moral murid
- Guru dan murid saling menyayangi


Peranan:
    1. Ibu bapa mendidikan anak-anak sejak masih kecil. Apabila perasaan kasih sayang dan bertegas sudah menjadi sama rata, maka tidak akan wujud sebarang kekangan. Anak-anak akan sentiasa mengawal tingkah laku dan peradaban mereka. Malah, mereka pasti akan melakukan yang terbaik demi membahagiakan diri sendiri dan ibu bapa yang tercinta. ' Di mana ada kemahuan di situ ada jalan'. Perpeganglah kepada peribahasa tersebut, nescaya kesudahan yang baik akan menjadi milik kita.

2. Guru menunjukkan teladan yang baik. ‘Role Model’ bagi seseorang guru dapat diperlihatkan melalui prestasi cemerlang guru berkenaan. Abdul Rahim (2005) menyatakan bahawa seseorang guru yang cemerlang adalah guru yang mencapai tahap tinggi dalam penglibatan dalam perancangan, dasar aktiviti pendidikan, pengalaman mengajar, pengekalan prestasi tinggi dalam pengajaran mata pelajaran, kepimpinan di peringkat sekolah, masyarakat dan negara. Di samping itu juga, tahap personaliti yang baik atas pembentukan nilai-nilai keperibadian yang tinggi. Oleh kerana itu, insan guru ini akan menjadi contoh (role model) kepada orang lain, khususnya pelajar dan pekerja lain di sekolah.


      3. Murid sentiasa menghormati mereka yang lebih tua. Sebagai orang muda, mereka perlulah sentiasa mendengar nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan oleh orang yang lebih tua kerana berdasarkan pengalaman terdahulu yang mereka telah lalui. Sekiranya seseorang itu ingin dihormati ketika waktu tuanya kelak, ia perlulah menghormati kepada orang-orang yang lebih tua daripadanya.

     BUDAYA PENYAYANG
       


       1.  Aktiviti kokurikulum yang dianjurkan di sekolah akan menggalakkan murid-murid mengamalkan sifat bekerja dalam berkumpulan dan secara tidak langsung memupuk semangat bekerjasama antara satu sama lain.

   2. Melalui proses pembelajaran dan pengajaran seperti mata pelajaran pendidikan moral dan pendidikan Islam agar menyemai sifat penyayang di budaya sekolah.

      3.  Mewujudkan Program 3S iaitu Senyum, Sapa dan Salam. Objektif program 3S adalah untuk mewujudkan hubungan mesra antara warga sekolah. Program tersevut dapat meningkatan kesedaran warga di sekolah tentang pentingnya budi bahasa dalam kehidupan kita.

     ↳ BUDAYA MEMBACA
     
      1.      Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca)
·         Menjadikan murid banyak membaca, bukan sahaja pembacaan yang berorientasikan peperiksaan.
·         Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.
2.      Bahan bacaan di perpustakaan
·         Suasana perpustakaan yang kondusif dan hening mampu memberikan ketenangan kepada pengunjungnya untuk menelaah dan membongkarkan pelbagai rahsia tersembunyi daripada bahan yang dibaca. Di perpustakaan, kita boleh memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan seperti keagamaan, falsafah, kemanusiaan serta ilmu pengetahuan berkaitan sains dan teknologi. Pada hari ini ilmu pengetahuan sangat berguna dalam hidup kita umpama tulang belakang yang berfungsi menampung tubuh badan kita untuk meneruskan kehidupan.

3.      Bulan Bacaan Kebangsaan
·         Bulan Ogos telah diisytiharkan oleh kerajaan sebagai Bulan Membaca Kebangsaan untuk menepati tuntutan matlamat ke arah mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan kaya maklumat. Perpustakaan Negara Malaysia sebagai institusi yang terlibat secara langsung dengan usaha menggalakkan pembacaan dan juga selaku Urusetia Gerakan Membaca telah melancarkan Bulan Membaca Kebangsaan yang pertama pada 31 Julai 1995.
4.      Sudut bacaan di kelas
·         Sudut bacaan memerlukan keadaan yang senyap supaya murid-murid dapat menumpukan perhatian tanpa gangguan. Oleh itu, sudut yang senyap ini perlu dijauhkan daripada sudut yang bising Maka, murid-murid dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti bermanfaat iaitu membaca buku.

    ↳ BUDAYA BELAJAR

      1) Budaya belajar dipandang sebagai system pengetahuan menyiratkan.
2) Budaya belajar berfungsi sebagai “pola bagi kehidupan manusia” yang menjadikan pola tersebut berfungsi sebagai blueprint atau pedoman hidup yang dianut secara bersama sebagai sebuah pedoman.
3) Budaya belajar digunakan juga untuk memahami dan menginterprestasikan lingkungan dan pengalaman.
4) Budaya belajar juga dipandang sebagai proses adaptasi manusia dengan lingkungannya baik berupa lingkungan fisik maupun lingkungan sosial.
     
     ↣ CIRI-CIRI:
1.       Belajar secara individu
·         Murid belajar secara kendiri melalui penggunaan bahan pembelajaran dan memilih aktiviti pembelajaran sendiri serta menilai dan memantau kemajuan mereka sendiri. Dengan ini murid mempunyai autonomi dan bertanggungjawab dan berdikari ke atas pembelajaran mereka.

2.      Belajar secara berkumpulan
·         Hal ini dikatakan kerana apabila belajar dalam kumpulan, idea dan pemikiran dapat dikongsi bersama. Contohnya, apabila sekumpulan murid sedang membuat kerja sekolah, setiap orang dalam kumpulan itu pasti akan mempunyai pendapat atau jawapan yang berlainan. Itulah sebab perkongsian pendapat dilakukan, supaya mereka dapat memilih jawapan yang paling sesuai. Dengan itu, murid-murid tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menjawab satu soalan.
3.      Interaksi dua hala
·         Aktiviti pengajaran dan pembelajaran bercorak aktif boleh dijalankan. Perhubungan guru dengan murid juga dapat dipereratkan. Penglibatan murid digalakkan. Pendekatan dan strategi pengajaran adalah pendekatan perbincangan, kaedah menyoal, kaedah sokratik dan kaedah individu.
     
    BUDAYA PONTENG KELAS
    Ponteng adalah istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah. Istilah tersebut digunakan bagi kes ketidakhadiran yang berpunca daripada keinginan pelajar itu sendiri, dan bukannya kes-kes yang "dimaafkan" seperti sakit, kemalangan dan sebagainya.
     
    Punca gejala ponteng 

     1. Suasana persekitaran sekolah yang berubah akibat proses urbanisasi, seperti pembinaan arked permainan video, kafe siber atau pusat membeli-belah berhampiran sekolah.
       2. Pengaruh media elektronik.
       3. Kurangnya kasih sayang dan pemantuan ibu bapa.
       4. Pengaruh rakan sebaya.
       5. Persekitraran sekolah yang kurang kondusif serta diberikan tekanan, umpamanya guru yang terlalu garang.

   ↳BUDAYA GEJALA KES BULI
Buli adalah perbuatan tingkah laku agresif yang berulang bertujuan untuk menyakiti individu lain, dari segi fizikal, mental atau emosi. Ciri-ciri buli:
1.      Niat bermusuhan
2.      Ketidakseimbangan kuasa dan
3.      Berulang dalam tempoh masa tertentu.

Buli boleh dikelaskan kepada empat jenis:
Buli fizikal, buli lisan dan buli berkaitan hubungan adalah paling lazaim di sekolah rendah dan pembulian siber adalah lebih biasa di sekolah menengah daripada di sekolah rendah.
1.      Buli fizikal
Ini adalah apa-apa buli yang melibatkan memukul, menendang, mencuri, menyembunyikan atau merosakkan harta-benda orang lain, atau memaksa mangsa buli melakukan perkara-perkara yang tidak diingini. Mangsa mungkin akan diseksa, dan dipukul oleh rakan sekelas mereka. Buli fizikal hendakalah dihentikan dengan segara kerana kadang-kadang ia berakhir dalam keadaan tragis sepeeti kecederaan parah atau kematian.



2.      Buli Lisan (Percakapan)
Ini adalah apa-apa buli yang dilakukan dengan percakapan seperti mengusik atau menghina, menyebarkan khabar angin (fitnah), mengancam, dan mengejek orang lain. Ini adalah jenis buli yang paling biasa berlaku.

 3.      Buli berkaitan hubungan
Ini adalah apa-apa buli yang dilakukan dengan niat untuk membuat seseorang berasa terpinggir atau ditolak seperti dengan keengganan untuk bercakap dengan seseorang; atau menggalakkan orang lain untuk membuli dalam beberapa cara. Buli berkaitan hubungan adalah perkara biasa di kalangan belia, terutamanya kepada kanak-kanak perempuan. Tidak seperti buli fizikal yang jelas, buli berkaiatan hubungan tidak berlaku terang-terangan dan boleh terus berlaku untuk jangka masa yang lama tanpa diketahui.


        4. Cyber buli
Buli siber ialah buli melalui penggunaan teknologi seperti emel, mesej segera, laman rangkaian social (seperti Facebook), dan telefon bimbit untuk menganggu, mengugat, memalukan atau manyasarkan orang lain. Ia boleh mengakibatkan kesalahan undang-undang dan hukuman penjara jika ia memenuhi definisi gangguan siber atau seber-hendap.

Faktor buli:
1.      Murid berkaitan mempunyai perasaan ingin berseronok.
2.      Pengaruh rakan sebaya.
3.      Media massa.
4.      Kurang perhatian dan kasih sayang dari ibu bapa.
5.      Didikan agama yang tidak kukuh.

  ↳PENGURUSAN MERENTAS BUDAYA

   ❤Institusi sekolah merupakan entiti utama dalam eseluruhan sistem sosial masyarkat.
 ❤Pendidikan sebagai satu saluran untuk mencapaikan ciri-ciri masyarakat dan kebudayaan ke dalam minda generasi muda.
    ❤Bersesuaian dengan falsafah pendidikan kebangsaan.
    ❤Guru main peranan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
   ❤Kemajmukan dalam masyarakat perlu ditanam dalam diri setiap individu sejak dari kecil demi mengekalkan keharmonian dan saking menghormati antara kaum.
 
        Rujukan yang telah dirujuk:
     Abdul Malek Bilal Sidek (1995) Pengurusan Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur DarulFikir Z675 A23 1995

No comments:

Post a Comment