Sekolah mestilah mengamalkan sikap tiga dimensi
dimana sekolah akan bertoleransi dengan ibu bapa serta masyarakat (Seng,
T. W. ,2005). Selain itu, mereka mestilah mencapai objektif yang sama.
Contohnya, apabila sekolah ingin mencapai sesuatu objektif maka ibu bapa dan
masyarakat harus berganding bahu merealisasikan objekif tersebut. Selain itu,
sekolah mestilah ada hubungan yang mantap dan akrab dengan ibu bapa dan
masyarakat. Contohnya, sekolah mengadakan program bersama ibu bapa dan
masyarakat. Apabila program ini dijalankan ia akan menghasilkan hubungan yang
akrab dan mantap disamping dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.
Akhir sekali,gabungan antara ibu bapa dan masyarakat serta sekolah dapat
menghasilkan satu hubungan yang positif dimasa akan datang.
HUBUNGAN SEKOLAH DENGAN MASYARAKAT
Hubungan sekolah dan masyarakat merupakan suatu bentuk jaringan yang
kompleks. Interaksi sekolah berlaku secara tiga dimensi interaksi dalam sekolah
dan tiga dimensi interaksi luar sekolah.
FAKTOR LUARAN DAN
DALAMAN
👉Di sekolah, 3 aspek yang secara langsung terlibat
dalam jalinan interaksi ialah pihak pentadbir, guru, murid.
👉3 dimensi interaksi dengan pihak luar melibatkan
sekolah,ibu bapa,dan komuniti dalam masyarakat.
👉Terdapat hubungan antara faktor-faktor dalaman
sekolah.Misalnya faktor-faktor seperti kelas sosial, etnik, dan gender
mempengaruhi corak pembelajaran dan sahsiah murid di sekolah.
👉Bagi interaksi dalaman sekolah, situasi pengajaran
dan pembelajaran ditentukan oleh kepimpinan yang berkesan. Kepimpinan yang
berkesan mampu mencapai matlamat masyarakat terutama dari segi pencapaian
akademik dan sahsiah.
👉Pengetua harus mempunyai interaksi yang positif
dengan guru-guru dan begitulah sebaliknya.
HUBUNGAN ANTARA SEKOLAH
DENGAN PIHAK LUAR SEKOLAH
Terdapat bentuk-bentuk hubungan interaksi antara
pihak sekoah dengan pihak-pihak luar sekolah terutamanya ibu
bapa,penjaga,komuniti-komuniti dalam masyarakat.
-Pengetua adalah individu yang secara idealnya perlu
merintis pembinaan perhubungan yang baik dengan luar sekolah,dan dibantu oleh
guru-guru lain di sekolah. Misalnya,interaksi yang baik dalam PIBG dapat
membantu menjayakan program-program sekolah.
-Pengetua boleh melibatkan komuniti-komuniti sekitar
dalam menjayakan aktiviti-aktivitinya.
Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada
anak. Salah satu peranan yang boleh dimainakan oleh PIBG adalah sebagai orang
tengah antara guru dan ibu bapa. Tindakan PIBG membela nasib guru (bersemangat
dan selesa ketika bertugas). Hubungan yang
mesra ini mampu melenyapkan prasangka antara ibu bapa dengan guru. Perbincangan
boleh diadakan dari semasa ke semasa dengan pihak sekolah demi mengatasi
sebarang kelemahan dan masalah yang dihadapi.
PESEKITARAN
FIZIKAL
✔Suasana dan reka bentuk fizikal
✔Sumber dan reka bentuk fizikal
✔Pencahayaan
✔Ruang atau sudut bentuk fizikal
✔Pengudaraan
✔Perabot
✔Kebersihan
✔Suasana dan reka bentuk fizikal
✔Sumber dan reka bentuk fizikal
✔Pencahayaan
✔Ruang atau sudut bentuk fizikal
✔Pengudaraan
✔Perabot
✔Kebersihan
SEKOLAH
DAN PERSEKITARAN
PERSEKITARAN
PSIKOSOSIAL
💯Suasana selesa dan mesra.
💯Suasana yang merangsang pembelajaran.
💯Menggalakkan pembelajaran koperatif.
💯Bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal.
💯Memberi peluang yang sama kepada semua murid.
💯Suasana selesa dan mesra.
💯Suasana yang merangsang pembelajaran.
💯Menggalakkan pembelajaran koperatif.
💯Bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal.
💯Memberi peluang yang sama kepada semua murid.
CIRI-CIRI IKLIM KELAS YANG KONDUSIF
😄Hubungan saling menghormati antara guru dengan para pelajarnya.
😄Keseukarelaan pelajar-pelajar menerima aspirasi dan peraturan kelas yang diaturkan oleh pentadbiran sekolah.
😄Perasaan kekitaan yang timbul di antara para pelajar dan guru-guru sebagai sebuah keluarga yang mesra dan bahagia.

CABARAN YANG DIHADAPI
💥Masalah buku teks, prasarana tidak lengkap, pembayaran yuran dan pembelian.
💥Buku kerja tambahan yang dianggap membebankan ibu bapa.
💥Sikap ibu bapa yang menyerahkan tugas mendidik anak-anak sepenuhnya kepada guru.
💥Apabila anak mereka terlibat dengan gejala sosial, ibu bapa begitu mudah menuding jari ke arah guru-guru dan pihak sekolah.
💥Ibu bapa yang cepat melatah dan mengambil tindakan guaman apabila pihak sekolah mengambil tindakan disiplin terhadap anak-anak mereka.

PERANAN SEKOLAH TERHADAP MASYARAKAT
🚍Sekolah melibatkan proses sosialisasi di mana kanak-kanak belajar tentang perlakuan masyarakatnya dan menjadikan perlakuan ini sebahagian daripada tingkah laku mereka.
🚍Pendidikan dianggap sebagai satu proses membentuk manusia yang sanggup berfikir secara kreatif dan kristis. Latihan pula dilihat sebagai memberi kemahiran teknikal dan psikomotor.
🚍Persekolahan yang berorganisasi memainkan peranan dalam mengekalkan corak kehidupan dan budaya dianggap sesuai dalam norma masyarakat.

ISU-ISU PENDIDIKAN SEMASA
Impak globalisasi terhadap
sektor pendidikan adalah seperti berikut:
· Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa
· Pendidikan di negara ini terbuka kepada dunia
luar di mana universiti-universiti asing dibenarkan untuk menubuhkan cawangan mereka di sini.
· Peluang untuk melanjutkan
pelajaran ke peringkat tinggi akan meningkat apabila banyak kolej swasta dan
universiti telah ditubuhkan.
· Penekanan dalam penilaian dan
penggunaan teknologi komunikasi maklumat (TMK) dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
·
Internet sebagai sumber
maklumat dan komunikasi.
·
Peranan guru-guru di dalam
kelas lebih kepada pemudah cara.
·
Guru perlu celik ICT dalam
menjalankan kerja-kerja pentadbiran.
·
Pelajar-pelajar kita mampu
bersaing dalam pasaran buruh global.
·
Persaingan yang adil di
kalangan institusi pengajian tinggi.
· Pembelajaran sepanjang hayat
boleh dicapai dengan peluang pembelajaran yang disediakan.
· Perkongsian pengetahuan
terutamanya penemuan baru hasil kajian yang dilakukan di seluruh dunia.
· Membolehkan pencapaian matlamat pendemokrasian pendidikan apabila setiap
orang diberi peluang pendidikan.
Globalisasi merujuk kepada proses yang membolehkan pasaran kewangan dan
pelaburan untuk beroperasi di peringkat antarabangsa, sebahagian besarnya
adalah hasil daripada pembatalan kawal selia dan peningkatan komunikasi secara
berkesan (Collin kamus, 2013). Menurut Financial Time Lexicon (2013),
globalisasi menerangkan proses di mana ekonomi serantau dan negara, masyarakat
dan budaya telah menjadi bersepadu melalui rangkaian perdagangan global,
komunikasi, imigresen dan pengangkutan.
Globalisasi juga menyediakan platform untuk semua orang tanpa mengira
bangsa, kaum, warna kulit, status dan latar belakang untuk bersaing secara adil
dalam mana-mana bidang. Globalisasi telah membawa kedua-dua kesan positif dan
negatif dalam banyak aspek kehidupan kita terutamanya pendidikan. Ini kerana
pendidikan adalah salah satu bidang yang banyak dipengaruhi oleh persekitaran
dan perlu menyesuaikan diri dengan perubahan pesat di seluruh dunia.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, hubungan antara sekolah dan
masyarakat serta hubungan antara guru dan ibu bapa dapat membantu mencapai
matlamat sekolah malah pelajar juga turut mendapat faedah yang sangat berguna
iaitu peningkatan daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI).
No comments:
Post a Comment