PENGENALAN:
Pengurusan bermaksud satu proses perancangan,
pengelolaan, pengarahan dan kawalan terhadap usaha-usaha ahli organisasi dan
penggunaan sumber-sumber organisasi yang lain dalam mendapatkan matlamat yang
telah ditetapkan. Manakala menurut Lee Shok Mee (1993), alam pembelajaran
bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat meransang minat belajar
kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan
daripada tidak tahu kepada tahu.
Topik pengurusan alam pembelajaran ini menjelaskan
tentang peranan guru di dalam bilik darjah adalah sangat penting, selain
mengajar, guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus. Tugas guru sebagai
pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya
menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas, mengurus keadaan fizikal
bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif, mengurus bahan-bahan pengajaran dan
sebagainya. Kecekapan guru dalam menjalankan tugas sebagai pengurus akan
mewujudkan suasana yang selesa, disiplin kelas yang baik dan keadaan bilik
darjah yang kondusif dan sesuai bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.
Setiap guru disarankan merancang dan membuat
persediaan yang cukup sebelum memasuki kelas dan berhadapan dengan murid.
Pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik dan berkesan sekiranya guru
menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dan menarik sesuai dengan isi
pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid. Sebagai contoh kemahiran
berkomunikasi dan interaksi guru-murid, hal ini akan menjadi teras keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran. Malah murid akan merasakan pendapat dan
kehadirannya diperlukan serta dihargai oleh guru tersebut.
PERSEDIAAN KE ALAM PEMBELAJARAN
Antara perkara yang perlu dititikberatkan sebelum
masuk ke dalam kelas mestilah ilmu, peralatan, ruang dan persediaan untuk
mengajar di dalam kelas. Sebelum guru masuk ke kelas mereka mestilah memastikan
bahawa mereka mempunyai persediaan untuk mengawal pelajar di dalam kelas.
Seterusnya adalah buku rekod mengajar. Sebelum
aktiviti di dalam kelas dijalankan, guru mestilah merekod di dalam buku rekod. Setiap
guru mestilah merekod dan menulis segala aktiviti yang dijalankan di dalam
kelas. Selain itu, guru juga mesti merekod segala masalah dan kebaikan yang
berjaya dilaksanakan di dalam kelas.
Akhir sekali, perlaksanaan P&P di dalam kelas
mestilah mempunyai 3 perkara penting. Antaranya adalah set induksi, penyampaian
isi dan penutup. Terdapat beberapa perkara yang penting dalam set
induksi, antaranya adalah guru perlu merancang permulaan pengajaran yang baik
yang dapat menarik perhatian dan minat murid. Guru menyampaikan isi kandungan
sebenar kepada murid. Guru perlu merancang beberapa langkah yang
berurutan, disusun dengan baik dengan mencatat anggaran masa yang sesuai. Seterusnya
adalah penutup. Penutup boleh dilakukan melalui suatu rumusan atau kesimpulan. Guru
haruslah memberikan satu kesimpulan atau rumusan mengikut subjek yang diajar
pada masa itu.
KAJIAN
DI SEKOLAH
APA
ITU KAJIAN TINDAKAN?
Kajian tindakan bermula dengan timbulnya satu
masalah dalam proses P&P yang dihadapi oleh guru. Masalah ini akan cuba
diselesaikan dengan melakukan perancangan untuk mengatasinya, bertindak
mengikut strategi yang dirancang, mengumpul data dan memerhati strategi
penyelesaian dan diakhiri dengan kesan refleksi daripada hasil tindakan
tersebut. Jika penyelesaian masalah masih belum memuaskan, kitaran kajian
tindakan ini (iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek) akan diulang
sehingga objektif tercapai. Kajian tindakan merupakan satu orientasi kepada
penyelidikan berbanding kaedah. Kajian tindakan bukanlah satu kaedah. Kajian
ini menggabungkan siasatan dengan tindakan seperti satu cara perubahan
merangsang dan menyokong serta sebagai langkah menaksir kesan perubahan itu.
Terdapat EMPAT langkah asas dalam melaksanakan kajian tindakan iaitu MERANCANG,
BERTINDAK, MEMERHATI dan MEREFLEK yang dilakukan secara berurutan dalam bentuk
gelungan.
KEPENTINGAN KAJIAN TINDAKAN
Kajian tindakan mempunyai beberapa kepentingan
kepada guru-guru di sekolah, kerana di sini guru memainkan peranan sebagai
seorang penyelidik yang mengkaji sistem P&P nya di kelas. Pelaksanaan
kajian tindakan di dalam kelas ini bertujuan untuk:
·
meningkatkan keberkesanan pengajaran
guru.
·
meningkatkan prestasi pencapaian murid.
·
mengatasi masalah pembelajaran dalam
menguasai kemahiran dalam sesuatu subjek.
·
membantu murid mencapai tahap cemerlang
dalam satu-satu mata pelajaran.
Selain bertujuan untuk menangani masalah pembelajaran
khususnya yang berkaitan dengan pencapaian rendah di kalangan murid. Kajian
Tindakan juga boleh dijadikan strategi untuk memperbaiki lagi pencapaian murid
yang berada pada tahap baik ke tahap cemerlang. Oleh itu, untuk mendapatkan
maklumat atau data yang boleh dipercayai dari segi ketepatan dan kesahihannya,
ianya mesti diperolehi melalui satu prosedur dan proses yang sistematik. Jadi
perbezaan yang terdapat antara guru yang menjalankan kajian tindakan dan guru
yang tidak menjalankan kajian tindakan adalah dari segi kualiti produk yang
dihasilkan. Apabila guru menjalankan kajian tindakan, beliau akan melakukan
pengubahsuasaian secara berterusan supaya adanya peningkatan dalam pencapaian
murid pada tahap yang lebih baik berbanding sebelumnya. Sekiranya guru tersebut
tidak menjalankan kajian tindakan, mungkin tiada peningkatan pencapaian yang
berlaku di kalangan murid-murid kerana guru tidak dapat untuk memperbaiki
kelemahan yang ada di dalam dirinya.
REFLEKSI
APA ITU REFLEKSI?
Ramai yang berpendapat
bahawa refleksi itu ialah satu proses untuk mengingat kembali apa yang telah
berlaku, menyatakan perasaan sendiri terhadap peristiwa tersebut, dan akhirnya
memberi pendapat apa yang perlu dilakukan. Betul juga pendapat ini, tetapi
ianya terlalu spesifik kepada perasaan yang bersifat emosi dan tidak banyak
boleh dipelajari untuk berubah jika sekiranya kita tidak berusaha mengenal diri
sendiri.
Kemahiran refleksi memerlukan seseorang itu memerhati secara terperinci apa yang berlaku sekelilingnya, dan menilai sama ada peristiwa tersebut berlaku disebabkan oleh tindakannya, perasaannya, alam sekitar, atau ada hubungan dengan orang lain. Seterusnya dia perlu menilai berdasarkan satu standard nilai (agama, etika, nilai masyarakat, panduan pengajaran, prosedur dan sebagainya) adakah sesuatu peristiwa yang berlaku itu adalah berdasarkan nilai yang baik, atau berlaku seperti yang sepatutnya. Dia perlu membuat analisis kenapa peristiwa itu berlaku dan adakah dia telah memberi reaksi yang sepatutnya ke atas peristiwa berkenaan. Setelah itu, dia perlu memikirkan bagaimana cara yang lebih sesuai untuk memberi reaksi ke atas peristiwa berkenaan berdasarkan nilai-nilai yang sepatutnya.
Setakat ini, refleksi yang berlaku hanya menilai peristiwa yang telah berlaku. Seterusnya, dia perlu merancang apa yang sepatutnya dibuat pada masa sekarang dan akan datang untuk memperbaiki keadaan, atau tindakan pada masa depan. Apa yang hendak dilaksanakan itu mesti sesuatu yang bertujuan untuk berubah kepada keadaan yang lebih baik. Dia juga perlu memikirkan bagaimana nak respon sekiranya peristiwa yang sama berlaku pada masa hadapan supaya dia dapat memberikan yang terbaik untuk menjaga hubungannya dengan Allah, hubungan dengan orang lain, hubungan dengan alam, dan juga untuk kebaikan diri sendiri.

RUMUSAN
Pengurusan alam pembelajaran ini terbahagi
kepada tiga bahagian iaitu sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Pengurusan
alam pembelajaran ini perlu dititkberatkan kepada para guru supaya minat para pelajar dapat
dipupuk dengan mudah. Selain itu, segala pemindahan maklumat akan berjalan
lancar sekaligus meningkatkan pencapaian para pelajar. Pentingnya pengurusan ini supaya
dalam kelas, sesi pembelajaran berlangsung dengan lancar. Tidaklah timbul
masalah terlebih atau terkurang masa untuk mengajar subjek tersebut.
No comments:
Post a Comment