Monday, April 15, 2019

TOPIK 8 Strategi Mengurus Bilik Pembelajaran


KONSEP BILIK DARJAH

Pada dasarnya, sebuah bilik darjah secara fizikalnya dilengkapi dengan kerusi, meja palajar, meja guru, papan hitam, alat bantu mengajar dan dua puluh hingga tiga puluh pelajar dalam  satu-satu kelas.

JENIS BILIK DARJAH

     Bilik darjah Tradisi.
     Bilik Darjah Mata Pelajaran pendidikan khas.
     Bilik darjah  terbuka.

PENYUSUNAN BILIK DARJAH
❤Penyusunan bilik darjah amat penting dalam situasi pembelajaran pelajar, keadaan in dapat menggalakkan atau menghalang sesuatu pembelajaran.



❤Sharifah Alwiah Alsagof (1986:44),
persekitaran fizikal bilik darjah yang baik akan dapat meningkatkan  kuasa  serta sumber pengajaran guru.

❤Kementerian Pendidikan Malaysia (1981:16),
Kemasnya organisasi benda-benda fizikal di dalam bilik darjah seperti kerusi, meja, almari   dan lain-lain tidak menjamin yang pembelajaran boleh berlaku melainkan jika guru menguruskan murid-murid selaras dengan matlamat yang dituju.

❤Atan Long (1986:109) menyatakan bahawa pengurusan bilik darjah hendaklah berdasarkan fungsi dan matlamat yang hendak dicapai melalui penggunaan bilik darjah. Dalam hal ini, penyusunan bilik darjah dapat melibatkan beberapa tujuan supaya tercapai objektif yang hendak ditentukan. Antara yang ditekankan seperti masa, tenaga, alat pengajaran yang dapat digunakan dengan baik, kemudahan digunakan secara berkesan dan susunan menggalakkan untuk pembelajaran.


⇒ PENYUSUNAN BILIK DARJAH
💜TEMPAT DUDUK PELAJAR
Kedudukan pelajar tidak boleh diubah suai bagi menggelakkan berlakunya kekeliruan sewaktu belajar.

💜MEJA GURU
Meja guru biasanya terletak dibahagian hadapan kelas, guru harus berada di sekitar meja pelajar bagi pembantu dalam proses pembelajaran.

💜KERUSI DAN MEJA PELAJAR
Sharifah Alwiah Alsagoff (1986:45) tiada satu cara penyusunan kerusi meja pelajar yang terbaik, ia bergantung kepada umur dan keperluan pelajar. Antara bentuk susunan kerusi dan meja dalam sesebuah bilik darjah seperti:
     Kedudukannya tidak menyebabkan ada pelajar yang membelakangkan papan hitam, ini kerana penerangan guru secara kelas akan menyebabkan pelajar terpaksa berpusing dan akan menyebabkan merasa terganggu.

Penyusunannya perlu berkait rapat dengan strategi dan pendekatan pengajaran pembelajaran (KPM 1989:9), ini kerana dalam KBSR pengajaran secara berkumpulan dan individu lebih diutamakan. Namun demikian, pengajaran cara kelas masih juga boleh dijalankan mengikut situasi tetentu. 

     Kedudukan kerusi meja KBSR dan KBSM perlu melibatkan beberapa ruang pembelajaran. Keadaan ini termasuk ruang bacaan dan sebaginya.

PENGURUSAN BILIK DARJAH


PENGENALAN
Jere Brophy dalam rencananya yang bertajuk ‘Educating Teachers About Managing Classroom’ and student dalam International Journal of Research and studies (1998) telah menghuraikannya seperti berikut:

Classroom management refers to actions taken to create and maintain a leaving environmental conducive to attainment of the goals of instruction, (arranging the physical environment of the classroom, establishing rules and procedures, maintaining attention to lessons and engagement in academic activities.

Rutin Bilik Darjah
Pengurusan bilik darjah yang baik akan mewujudkan bilik darjah yang efektif dan berkesan.

Tujuan Rutin Bilik Darjah

⇁Menjimatkan masa dan tenaga
⇁Menimbulkan rasa tanggungjawab, perasaan seronok dan bekerjasama di kalangan pelajar.

KEGIATAN RUTIN BILIK DARJAH
Dalam menjalankan rutin di bilik darjah, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh guru iaitu: 
     Membuat pemeriksaan tentang keadaan fizikal bilik darjah.
    Rutin bilik darjah perlu dilakukan pada waktu yang telah ditetapkan. 

 FAEDAH RUTIN BILIK DARJAH
Perlaksanaan rutin didalam bilik darjah mendatangkan beberapa faedah iaitu:

   Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan teratur.
 Pengurusan rutin yang teratur akan menjimatkan masa guru dan pelajar.
     Rutin akan menyemai nilai-nilai murni di kalangan pelajar.
   Pengurusan rutin bilik darjah yang sempurna dan cekap akan menimbulkan rasa selamat kepada pelajar.
   Pelajar dapat kemahiran kepimpinan serta dapat mengamalkan prinsip demokrasi khasnya sewaktu membuat pemilihan untuk mendapatkan ketua.
   Peraturan yang sedia ada dalam bilik darjah dapat membantu mengawal disiplin didalam bilik darjah.


PENYIMPANAN REKOD
Satu cara merekod, mengelas dan mentafsirkan data seseorang pelajar. Segala maklumat yang diperoleh membolehkan guru membuat penilaian terhadap objektif pengajarannya sama ada berjaya atau gagal.

Syarat-syarat Rekod

     Rekod mesti digunakan.
     Rekod mesti boleh diperoleh dengan mudah.
     Rekod mesti lengkap.
     Rekod mesti menyatakan perkara yang benar.

     Semua bahan pelajaran yang diperlukan dalam bilik darjah mesti disediakan, disusun dengan betul dan mudah didapati.
     Guru boleh mendapatkan bantuan daripada pelajarnya.
     Memilih rutin yang paling sesuai.
     Merancang sesuatu rutin itu dengan sempurna dan bersistem.

KEGIATAN RUTIN BILIK DARJAH

Dalam menjalankan rutin di bilik darjah, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh guru iaitu:
👉Membuat pemeriksaan tentang keadaan fizikal bilik darjah.
👉Rutin bilik darjah perlu dilakukan pada waktu yang telah ditetapkan.
👉Semua bahan pelajaran yang diperlukan dalam bilik darjah mesti disediakan, disusun dengan betul dan mudah didapati.
👉Guru boleh mendapatkan bantuan daripada pelajarnya.
👉Memilih rutin yang paling sesuai.
👉Merancang sesuatu rutin itu dengan sempurna dan bersistem.

KLASIFIKASI SUMBER PEMBELAJARAN
 Dikelaskan kepada empat jenis iaitu :
1.  Sumber asas.
2.  Sumber bukan elektronik.
3.  Sumber elektronik.
4.  Sumber yang bercorak pengalaman.

KRITERIA MEMILIH SUMBER
 😄Tujuan
 😄Kesesuaian
 😄Kemudahan Memperoleh
 😄Kepentingan Sumber Pembelajaran

FAEDAH RUTIN BILIK DARJAH
Alat bantu mengajar mempunyai lima tujuan iaitu:
1. Memberi rangsangan
2. Menjelaskan penerangan
3. Menjimatkan masa
4. Mempelbagaikan kegiatan
5. Menyeronokkan pelajar

INTERAKSI DALAM BILIK DARJAH

KONSEP INTERAKSI
💧Satu proses saling bertindak yang berlaku di antara   sekurang-kurangnya dua pihak.
💧Istilah dua pihak bermaksud sama ada ia merupakan orang perseorangan ataupun sekumpulan manusia.


KONSEP BILIK DARJAH

Tempoh proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

JENIS INTERAKSI BERCORAK LISAN
1. Interaksi sehala atau tradisional.
2. Interaksi dua hala antara guru dan murid.
3. Interaksi dua hala antara murid dan murid.
4. Interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid.
5. Interaksi komputer.

JENIS INTERAKSI BERCORAK LISAN
💗Interaksi sehala atau interaksi tradisional
💗Interaksi bilik darjah menjadi sehala kerana guru yang mengawal segala aktiviti P&P yang berlaku di dalam kelas.

Ciri-ciri:
💨Corak interaksi bilik darjah ditentukan oleh guru kelas
💨Tiada interaksi yang berlaku antara murid dengan murid
💨Murid tidak terlibat dalam P&P secara aktif
💨Interaksi dua hala antara murid dan guru
💨Guru menggunakan pendekatan yang berlainan seperti perbincangan dan kaedah induktif. Interaksi yang berlaku di dalam bilik darjah bertukar menjadi interaksi dua hala.

Ciri-ciri:
💙Aktiviti bercorak aktif
💙Perhubungan guru dan pelajar  menjadi semakin rapat
💙Menggalakkan pelajar untuk melibatkan diri dalam proses P&P dengan menyoal dan meminta pendapat.
💙Interaksi dua hala antara murid dengan murid
💙Guru menggunakan pendekatan kumpulan, kertas kerja, kaedah bermain, lakonan, sumbangsara sebagai aktiviti dalam P&P.

Ciri-ciri:
💛Aktiviti pembelajaran aktif dan dinamik.
💛Perhubungan antara murid dengan murid dapat dieratkan.
💛Interaksi antara guru dan murid dihadkan mengikut arahan guru sahaja.
💛Pembelajaran koperatif dan koloboratif menjadi tumpuan guru.

Interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid

Guru menggunakan kaedah dan teknik pengajaran seperti simulasi, main peranan, pendekatan kumpulan, perbincangan, ujikaji dan kaedah penyelesaian masalah.

Ciri-ciri:
💓Komunikasi berkesan berlaku
💓Penyertaan aktif murid dalam P&P
💓Suasana yang kondusif untuk mengendalikan P&P

PEMBENTUKAN INTERAKSI DALAM BILIK DARJAH
Faktor yang mempengaruhi pembentukan interaksi dalam kelas :
 Susunan bilik darjah:
-Merujuk kepada kedudukan meja dan kerusi.
Tiga jenis susunan meja dan kerusi:
-Susunan Tradisi.
-Susunan Horse Shoe.
- Susunan Madular.

 Keadaan emosi bilik darjah
-Suara guru yang jelas
-Sikap guru yang positif

Kawalan yang sempurna dan menggunakan gaya kepimpinan yang sesuai:
😍Gaya Autokratik – Interaksi sehala (tidak sesuai)
😍Gaya Demokratik – Interaksi dua hala (paling sesuai)
😍Gaya Laissez Faire –Kebebasan penuh diberikan kepada pelajar (tidak sesuai)

Suasana bilik darjah yang kondusif penting bagi mewujudkan proses P&P yang berkesan:
Terbahagi kepada 3:
      Suasana fizikal
      Suasana sosial
     Suasana emosi

 SUSUNAN FIZIKAL BILIK DARJAH
      Melibatkan unsur fizikal bilik darjah.
      Menggalak atau menghalang P&P.
      Guru berperanan menentukan suasana fizikal.
      Perancangan dan penyusunan ini melibatkan:
-Mengorganisasi
-Merancang
-Penggunaan ABM, APD, kerusi, meja, papan tulis dan sebagainya.

SUASANA SOSIAL BILIK DARJAH
     Guru mengkaji melalui pemerhatian biasa dan teknik sosiometri.
     Sosiometri :
-Teknik untuk mencari dan menunjukkan perhubungan  individu dengan pelajar
- Ujian Sosiometri Moreno
- Kegunaan
Bagi menentukan seseorang pelajar itu ahli sesuatu kumpulan atau penerimaan pada kumpulan lain.
- Kelemahan
~Perhubungan yang dinyatakan pelajar adalah hubungan yang dianggap pelajar itu sendiri.
~Perhubungan yang mungkin tidak dibalas
~Hubungan sehala

SUASANA EMOSI BILIK DARJAH
Lebih penting daripada suasana fizikal dan sosial
Gabungan daripada berbagai-bagai perkara:
  Suara
#Jelas, terang, semula jadi, tidak tegang dan bercorak perbualan.
#Mewujudkan suasana tenang.
#Galak wujud interaksi pelajar semasa P & P

Ciri suara yang menimbulkan kesan emosi:
- Kelicinan pertuturan
- Gaya
- Nada
  Kelucuan
* Mengurangkan suasana emosi yang tegang.
* Mempereratkan hubungan yang sedia ada.
* Memudahkan pembelajaran.
* Memulihkan suasana muram
  Penggunaan pujian
Pujian yang biasa adalah pujian lisan.
Cara memberi pujian :
- Memuji secara perseorangan atau kumpulan.
- Memuji kerja, sikap,jawapan dan sebagainya
- Memuji di khalayak ramai- bergantung pada situasi.
  Sikap dan ekspektasi bilik darjah
  Kemesraan

Kepimpinan dan kaedah mengajar
👌Suasana P&P yang demokratik menggalakkan pelajar bekerjasama.
👌Akan lebih mementingkan tugasan, menunjukkan inisiatif & bertoleransi.

Guru mempengaruhi pelajar secara tidak langsung:
-Terima perasaan pelajar tanpa menakutkannya.
- Memuji pelajar.
- Galak mereka guna dan terima idea pelajar lain.

Guru mempengaruhi pelajar secara langsung:
-Semalu marah
-Memberi arahan
-Terlalu kritikal

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, strategi pengurusan bilik darjah adalah berkait rapat dengan tiga aspek penting seperti unsur fizikal, interaksi dan iklim bilik darjah. Selain itu juga, peranan daripada guru adalah penting  bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan seiring dengan matlamat dan isi pembelajaran yang ingin disampaikan





No comments:

Post a Comment