Tuesday, April 16, 2019

TOPIK 1 SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN


Pengertian Sosiologi
Tujuan utama sosiologi ialah untuk mengetahui struktur asas masyarakat manusia, mengenal pasti tekanan-tekanan utama yang melemahkan mereka dan mempelajari syarat-syarat yang membentuk kehidupan sosial mereka.

Perspektif Sosiologi
Tumpuan perspektif sosiologi adalah pada tingkah laku, masyarakat, memahami corak interaksi dan proses kelompok.

Terbahagi kepada dua:
Mikro : Berkait rapat dengan Teori Interaksionisme Simbolik (kajian temu bual)

Makro : Berkait rapat dengan Teori Fungsionalisme & Teori Konflik (soalan kaji selidik / questionnaire)

Definisi Sosiologi
Sosiologi dapat didefinisikan sebagai kajian saintifik mengenai interaksi sosial dan organisasi (Vander Zanden 1996). Manakala menurut Jary & Jary (1995), sosiologi merupakan kajian sainstifik mengenai masyarakat dari pelbagai perspektif seperti fungsi masyarakat, berbentuk organisasi dan lain-lain. 

💹Dipelopori oleh Auguste Comte (1798-1857)
💹Teori ini mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat.
💹Brinkerhoff & White (1989) telah merumuskan tiga andaian utama ahli-ahli fungsionalisme iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi.


Teori Konflik
📃Dipelopori oleh Karl Marx (1818-1883)
📃Teori ini menganalisis konflik-konflik yang berlaku dalam masyarakat.
📃Mengkritik golongan kapitalisme yang memiliki kuasa untuk mencipta peraturan khususnya untuk melindungi kepentingan diri.
📃Menimbulkan persoalan sama ada struktur-struktur masyarakat seperti ekonomi, pendidikan, politik sosial dan agama membawa kesejahteraan kepada manusia atau sebaliknya.

Teori Interaksionisme Simbolik
✅Dipelopori oleh George Herbert Mead (1863-1931)
✅Teori ini mengkaji bagaimana individu menginterpretasi dan bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat.
✅Interaksi sosial amat penting dalam menghubungkan manusia dengan dunia luar.
✅Asas penting teori Interaksionisme Simbolik :
·         Mengkaji makna simbolik
·         Mengkaji makna yang tersirat secara subjektif.        

Teori Fungsionisme Dalam Pendidikan
💣Mengikut teori ini, tugas utama pendidikan ialah untuk mensosialisasikan kanak-kanak dengan norma, nilai-nilai dan peraturan yang terdapat dalam sesebuah masyarakat.
💣Menurut Durkheim (1961), nilai moral merupakan asas peraturan sosial & masyarakat yang disemai dalam kanak-kanak melalui sistem pendidikan.
💣Teori ini menekankan kepada struktur dan fungsi organisasi.
💣Contoh:
Dalam sesebuah sekolah kita dapat melihat bagaimana struktur sekolah dibentuk & bagaimana setiap ahli dalam sekolah berfungsi untuk memastikan sekolah mencapai visi & matlamat yang telah ditetapkan.

Teori Konflik Dalam Pendidikan
💪Max Weber (1964-1920) telah mengaibaikan teori konflik dengan pendidikan. Beliau menegaskan bahawa funsi utama sekolah ialah untuk mendidik pelajar tentang status budaya.
💪Hubungan antara kuasa dan kepentingan akan menimbulkan konflik antara individu dan kumpulan, ia akan mempengaruhi sistem pendidikan dalam masyarakat tersebut.
💪Konflik sering berlaku dalam sekolah di antara ahli-ahlinya.
💪Contoh:
Guru diarah melakukan kerja-kerja pentadbiran pada masa yang sama mereka perlu menjalankan tugas mengajar.

Teori Interaksionisme Simbolik Dalam Pendidikan
Teori interaksi simbolik adalah teori yang bersifat mikro. Perspektif teori ini mengkritik teori fungsionalisme dan konflik kerana terlalu bergantung kepada pendapat bahawa manusia keseluruhannya dibentuk oleh sistem sosial. Bagi teori interaksionisme, manusia tidak pasif dan menekankan bahawa interaksi sosiallah yang menbentuk realiti.

Asas-asas Sosiologi Pendidikan dalam Pengurusan dan Pembelajaran Bilik Darjah


PERSPEKTIF SOSIOLOGI
  • Pendidikan dilihat sebagai satu proses sosialisasi, iaitu bagaimana ahli masyarakat, terutama generasi muda, diajar dan diasuh secara formal atau tidak formal untuk menerima pengetahuan, kemahiran, norma dan nilai sosial, kedudukan dan peranan masing –masing dalam konteks sesuatu masyarakat itu.
  • Pendidikan juga dilihat sebagai proses ‘pemilihan’ (selection) yang menentukan kedudukan atau status seseorang dalam susun lapis sosio-ekonomi masyarakat itu: lebih tinggi pendidikan seseorang lebih tinggi statusnya dalam masyarakat.
PERSPEKTIF ANTROPOLIGI
  • Pendidikan sebagai proses pembudayaan (enculturation) di mana ahli sesuatu masyarakat mempelajari dan menerima kepercayaan, nilai-nilai, norma, cara bertindak yang dianggap sesuai dalam masyarakat itu.
  • Seseorang yang berbudaya ialah seseorang yang menghayati dan mengamalkan nilai dan tingkah laku yang ‘baik’ dalam masyarakat itu.
  • Dari perspektif ini, proses dan hasil pendidikan oleh sesebuah masyarakat yang percaya dan memberi tumpuan kepada pendidikan sains dan teknologi adalah berbeza dengan masyarakat yang mementingkan pendidikan agama dan tatasusila.
PERSPEKTIF EKONOMI
  • Pendidikan sebagai satu ‘pelaburan’ (investment), atau sebagai satu ‘consumption’.
  • Pelaburan dalam pendidikan bererti membelanjakan wang, masa dan tenaga untuk mendapat pendidikan dan latihan. Ilmu dan kecekapan yang diperoleh dijangka akan membawa pulangan menguntungkan pada masa hadapan, melalui pekerjaan yang lebih baik, produktiviti dan pendapatan yang lebih tinggi.
  • Pendidikan sebagai ‘consumption’ pula menganggap proses dan hasil mencari ilmu pengetahuan itu hanyalah untuk kepuasan rasa ingin tahu atau riadah saja.
PERSPEKTIF SAINS POLITIK

  • Pendidikan sebagai proses bagaimana sesebuah negara itu mendidik dan membina warga negaranya supaya mempunyai sikap dan nilai patriotisme, mengetahui tentang hak dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara.
  • Kita boleh melihat pendidikan di negara Jepun berjaya melahirkan rakyatnya yang bangga dengan negara Jepun, begitu juga Amerika Syarikat, Indonesia, Britain dan Singapura.


RUMUSAN
✔Sosiologi melibatkan manusia oleh itu skop kajian adalah sangat meluas.
✔Pendidikan pula dikelilingi dengan unsur kemanusiaan dan pendidik harus tahu peranan mereka dalam dunia sosial.
✔Masyarakat sangat berkait rapat dengan sosiologi. Oleh itu, pendidikan & sosiologi adalah suatu perkara yang sangat berkait rapat antara satu sama lain.

Rujukan yang telah dirujuk:
Abdul Malek Bilal Sidek (1995) Pengurusan Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur DarulFikir Z675 A23 1995





No comments:

Post a Comment