Kajian pengurusan dan pembelajaran pelajar
membincangkan pengurusan pembelajaran dan perspektif multidisiplin pengurusan
pembelajaran serta kajian-kajian pengurusan pembelajaran pelajar. Ia juga
memberi kesedaran tentang kepentingan pengurusan dan pembelajaran, serta
perspektif multidisiplin pengurusan pembelajaran dan konsep-konsep sosiologi
pembelajaran.
Menurut
Ahmad Mahdzan (2004) pengurusan merujuk kepada aktiviti yang teratur serta
sistematik yang bertujuan untuk mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus
yang dikemukan tentang sesuatu masalah yang hakikatnya sudah dikenalpasti.
Terdapat pelbagai konsep yang dibahagikan di dalam bab ini. Antaranya adalah
konsep mengawal, merancang, pengalaman dan mengarah.
Konsep mengawal ialah mengawal peraturan bilik darjah, mengawal aktiviti
kumpulan, mengawal murid bermasalah peribadi, dan mengawal suasana bilik
darjah. Konsep merancang pula adalah untuk merancang objektif pembelajaran berdasarkan sukatan
pelajaran dan pengetahuan sedia ada murid, merancang startegi dan kaedah
pengajaran yang efektif, merancang bahan bantuan pengajaran yang lebih
berkesan, dan merancang pemeringkasan isi pelajaran supaya pelajar jelas dengan
pelajaran yang mereka belajar. Manakala, konsep mengarah diklasifasikan seperti
mengarah murid supaya menempukan perhatian kepada pengajaran, menguruskan
tugasan harian bilik darjah serta mengarah murid memastikan untuk mematuhi disiplin
yang telah ditetapkan.
Antara kaedah pembelajaran yang sering digunakan adalah kaedah berpusatkan
guru, berpusatkan pelajar, berpusatkan bahan dan kaedah mengaitkan dengan
pengalaman. Menurut Ewert, Place dan Sibthorp (2005), kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang dikaitkan dengan pengalaman mampu mendedahkan para pelajar
kepada pengalaman sebenar berbanding dengan pembelajaran secara teori sahaja.
Pengurusan sekolah adalah sebuah sistem pengurusan organisasi bagi menjamin
matlamat yang ditetapkan dapat dicapai dengan lancar. Namun, pengurusan sekolah
menjadi semakin sukar dengan cabaran-cabaran yang semakin bertambah setanding
dengan kemajuan negara. Kesukaran ini juga disebabkan oleh pembaharuan sistem
pendidikan yang memerlukan komitmen yang tinggi daripada semua guru-guru.
Antara prinsip yang perlu diamalkan dalam sesi pembelajaran adalah ianya
mestilah kondusif, bermatlamat dan mampu mendorong para pelajar. Suasana yang
kondusif sedikit sebanyak dapat meningkatkan minat belajar dalam diri para
pelajar. Ditambah pula dengan dorongan yang positif daripada para guru,
pelajar-pelajar ini akan lebih bersemangat dalam menuntut ilmu.
Peranan guru sebagai pengurus bilik darjah:
1. Merancang
a) Merancang
objektif pelajaran berdasarkan sukatan pelajaran,pengetahuan sedia ada murid.
b) Merancang
pemeringkatan isi pelajaran.
c) Merancang
strategi dan kaedah pengajaran.
d) Merancang
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
e) Merancang
bahan-bahan pengajaran
f) Merancang
aktiviti kumpulan.
g) Merancang
kemudahan dan susunan fizikal bilik darjah.
h) Merancang
aktiviti penilaian.
2. Mengelola
a) Mengurus rutin
bilik darjah.
b) Mengurus
aktiviti murid
c) Mengurus
bahan-bahan pelajaran.
d) Mengurus
disiplin bilik darjah.
e) Mengurus
aktiviti kumpulan.
f) Mengurus kaedah
fizikal dan kemudahan.
g) Mengurus
aktiviti penilaian
3. Mengawal
a) Mengawal peraturan-peraturan bilik darjah.
b) Mengawal aktiviti kumpulan.
c) Mengawal murid bermasalah peribadi.
d) Memastikan masalah disiplin tidak timbul.
e) Pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan tanpa
gangguan.
4. Mengarah
a) Mengarah murid
menjawab soalan guru
b) Mengarah murid
mendengar membaca,mengira dan menulis.
c) Mengarah
murid-murid membentuk kumpulan masing-masing.
d) Mengarah murid
menguruskan tugas harian bilik darjah .
e) Mengarah murid
menjalankan aktiviti pembelajaran.
f) Mengarah murid
mematuhi disiplin bilik darjah dan sebagainya.
Proses dan Kepentingan
-
Persediaan rancangan kerja
-
Pengurusan sumber pengajaran dan
pembelajaran.
-
Fungsi pelaksanaan pelajaran
-
Kaedah penilaian pengajaran dan
pembelajaran
Persediaan Rancangan Kerja
- Membuat perancangan
sebelum mengajar, Rancangan Pembelajaran Harian (RPH)
- Perancangan perlu
mempunyai objektif, teknik dan kaedah.
- Penyediaan buku rekod
dan jadual
- Pengurusan Sumber
Pengajaran dan Pembelajaran
- Bahan-bahan pelajaran
yang digunakan dalan proses P&P
- Penyediaan alat bantu
mengajar yang bersesuaian.
- Buku teks, buku
rujukan dan alat bantu mengajar.
Kesimpulannya, profesion
pengajar adalah tugas profesional yang memerlukan daya tahan, daya saing dan
kemahiran-kemahiran yang penting seperti kemahiran pengurusan, kemahiran
kepimpinan dan lain-lain. Seorang guru yang baik adalah mereka yang mampu
menguruskan proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Kemampuan para guru
dalam pengurusan dan pembelajaran mampu mewujudkan suasana yang ceria, kondusif
dan menyeronokkan untuk para pelajar.
Rujukan yang telah dirujuk:
Abdul Malek Bilal Sidek (1995) Pengurusan Sumber Pengajaran
Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur DarulFikir Z675 A23 1995
Akhiar Pardi Shamsina Shamsuddin (2008) Rancangan
Pengajaran Harian Dalam Pengurusan Pengajaran Pembelajaran Untuk Bakal Guru
Guru Dalam Perkhidmatan Dan Persijilan 2008 Puchong Selangor
Penerbitan Multimedia SDN BHD LB2806 15 A34 2010